Disember 05, 2010

~HEALTHY & HAPPY WITH ELKEN







Zaman  ini terlalu banyak penyakit berjangkit dan meragut ribuan nyawa sedunia seperti SARS, SELSEMA BURUNG, SELSEMA BABI, H1N1 dan bermacamlah. Penyakit itu pula merebak begitu pantas dan cekap membunuh pesakit. Ia menjadi satu ketakutan dan kebimbangan manusia sejagat. INIKAH HARGA YANG HARUS KITA BAYAR AKIBAT PEMODENAN DUNIA?




MENGAPA SEMAKIN MAJU MASYARAKAT DAN SEMAKIN MODEN DUNIA PERUBATAN TETAPI SEMAKIN  BANYAK PENYAKIT MERBAHAYA MENYERANG KITA? Ianya berpunca dari diet kita yang tidak seimbang yang menyebabkan tubuh tidak mendapat nutrien yang seimbang. ini menyebabkan metabolisma tidak normal dan merosot daya keimunan manusia.

1. Pemakanan tidak seimbang.
2. Pencemaran udara.
3. Pencemaran air.
4. Tekanan hidup
5. Kurang senaman
6. Gaya hidup yang tidak menentu
turut melemahkan badan dan keimunan lalu menjejaskan kesihatan kita. Dengan itu, kebolehan semulajadi badan kita untuk menyembuhkan diri dilemahkan. Ini menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan masalah kesihatan lain.

Kebanyakan orang beranggapan dirinya sihat jika dia tidak menghidap sebarang penyakit kronik. tanggapan ini adalah SALAH!

Simtom-simtom seperti mudah letih, kekurangan tumpuan/perhatian, insomnia (kuat menguap, cepat mengantuk), sembelit, pening kepala, kurang selera makan, mudah selsema, sakit pinggang dan belakang, sakit sendi, adalah tanda amaran bahawa badan kita dalam keadaan separa sihat dan jika dibiarkan berlarutan ia akan menjadi penyakit lain yang serius.

Berkat usaha para Saintis, ia telah menemukan penyelesaiannya sejak tahun 1970 an lagi. Pada tahun 1975, Jawatankuasa Khas Penyelidikan Nutrien ditubuhkan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk mencari kaedah lain akibat daripada kaedah perubatan moden gagal menangani masalah kesihatan sedia ada.


Jawatankuasa ini meneruskan hasil penyelidikan yang tertunggak selama 150 tahun. Sebuah buku dibentangkan PADA TAHUN 1977 sebanyak 5000 muka surat bertajuk ELEMEN DIPERLUKAN OLEH MANUSIA DAN NUTRIEN. Laporan ini menyatakan penyakit kronik moden tidak boleh dibati secara berkesan oleh kaedah perubatan dan pembedahan. Ini kerana penyakit yang dihidapi manusia kini berpunca terutamanya daripada metabolisma sel yang tidak normal. Jika sel badan badan mendapat makanan yang seimbang badan pasti kekal sihat. Maka lahirlah TERAPI PEMBAHARUAN MOLEKUL (MRT). Dr. Linus Pauling telah meramalkan telah meramalkan konsep MRT akan menjadi aliran perubatan no.1 abad ke 21.

Pengajian Sel menjadi subjek wajib kepada beberapa universiti utama dunia, maka ia menunjukkan betapa pentingnya kesihatan sel manusia untuk mencegah penyakit.

Manusia terdiri daripada 60 trilion sel. Sel-sel yang tidak normal perlu diperbaharui dengan memenuhi 4 keperluan sel iaitu:
 

1. Nutrien yang seimbang
2. Oksigen yang cukup
3. Air tulin
4. Kesihatan rohaniah.

Kesihatan selular bergantung kepada nutrisi yang seimbang untuk membekalkan tenaga yang berkualiti kepada tubuh kita untuk memperoleh kesihatan yang baik dan mencegah penyakit. 



Malangnya, nutrient mudah susutnilai akibat gaya hidup kita yang penuh tekanan dan pemakanan yang tidak seimbang, manakala kekurangan oksigen akibat pencemaran dan tabiat merokok menyebabkan metabolisme yang tidak sempurna, justeru mengganggu penghasilan tenaga kita. Memakan makanan yang diproses dan makanan ringan yang terlalu banyak juga menyebabkan peningkatan pengumpulan sisa di dalam tubuh kita. Pek Utama MRT direka khas untuk menangani kesemua cabaran ini bagi memastikan keperluan asas sel-sel dan tubuh kita demi mencapai kesejahteraan yang berterusan. 

  • Direka khas untuk menawarkan kesan sinergi dengan membekalkan nutrien penting harian dan mengelakkan masalah pengumpulan bahan buangan di dalam badan demi mengekalkan kesihatan yang baik serta kesejahteraan yang menyeluruh.
  • Semula jadi, selamat dan tiada kesan sampingan.
  • Diselidik secara teliti dan dihasilkan dengan teknologi canggih.
  • Kualiti produk diperakui dunia.



SAINS ASAS
Mengapa kita memfokuskan kepada sel individu? Sel yang sihat menghasilkan tisu yang sihat. Tisu yang sihat pula membentuk organ yang sihat seperti hait, ginjal dan jantung. Dua atau lebih organ yang bekerjasama untuk memberi fungsi serupa dipanggil sistem. Sistem organ yang sihat menghasilkan tubuh yang sihat. 

Sel-sel merupakan asas atau blok binaan bagi tubuh manusia. Jika sel anda tidak sihat, asas anda akan menjadi tidak stabil dan seluruh tubuh anda akan terjejas. Beberapa factor yang kebiasaannya boleh menyebabkan sel-sel anda tidak sihat termasuklah pencemaran udara, pencemaran air, tekanan harian, kurang bersenam, gaya hidup yang tidak menentu serta diet yang tidak seimbang. 


"Tubuh kita terdiri daripada 60 trilion sel yang membentuk asas kehidupan. Setiap bahagian tubuh perlulah benar-benar sihat supaya tubuh boleh berfungsi pada tahap yang optimum" 
Prof Keiun Kodo~Phd dalam Sains farmaseutik

"Kenal pasti mekanisme selular & molekul yang mendasari penyakit manusia dan gunakan ilmu yang baru diperoleh ini sebagai rawatan" Dr Ferid Murad~(Penerima Hadiah Nobel dalam bidang perubatan bagi tahun 1998)Pengarah Institute of Molecular Medicine for the Prevention of Human Diseases di Houston, Texas

"Program MRT Elken ialah satu program penjagaan kesihatan yang kuat, natural dan komprehensif. Program ini telah terbukti Berjaya melebih 10 tahun. Saya menyokong penuh visi baru Elken untuk mempromosikan program MRT yang 'dipertingkatkan'"  Dr Yasumasa Kudo ~PhD dalam Kimia Bio-Organik, Oxford University, UK


SISTEM PEREDARAN



  • ·       Ia terdiri daripada jantung dan salur-salur darah
  • ·   Ia bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan ekskretori
  • ·       Ia adalah sihat apabilah:
o    Jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan
o    Saluran darah mudah lentur, anjal, dan tidak tersumbat
o    Darah tidak melekit atau pekat
Fungsi asanya adalah:
  •      Untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon 
  •     Untuk menyingkirkan sisa daripada tis
Akibat sistem peRedaran yang lemah:
·         Boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang dan sistem pembiakan
·         Penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:
o    Penyakit jantung koronari
o    Strok
o    Hipertensi
o    Aterosklerosis*
Statistik
·         Pada tahun 2002, sebanyak 16.7 juta orang di dunia ini meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kardio. (World Health Report, 2004)
·         Penyakit jantung ialah pembunuh No.1 di Malaysia & Brunei dan pembunuh No.2 di Singapura (NST Online;www.brudirect.com; Singapore Heart Foundation)
·         6 kes serangan jantung berlaku setiap jam di Malaysia (Berita Harian 24 Apr 2007)
·         CVD - dijangka menyebabkan 7 daripada setaip 10 kematian di Malaysia menjelang 2020 (Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition 2001)
·         Jika saluran tersumbat tidak dibersihkan dalam masa 3 jam, 90% daripada bahagian jantung yang memerlukan darah mungkin mati (Hardvard Medical School, Family Health Guide)
*aterosklerosis adalah suatu penyakit pada arteri, apabila plak-plak berlemak berkembang pada dinding dapam, menyebabkan penyekatan aliran darah.



SISTEM KEIMUNAN


·         Sebahagian besarnya terdiri daripada nodus limfa, timus, limpa dan saluran limpatik
·         Ia merupakan sistem pertahanan tubuh kita

Fungsi asanya ialah:
·         Untuk melawan jangkitan
·         Untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteria, bahan cemar dan penyakit
·         Untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungisnya

Akibat sistem imun yang tidak seimbang:
·         Sistem imun terlampau aktif:
o    Penyakit autoimun (contohnya, Lupus)
o    Alahan
·         Keimunan tersekat / rendah:
o    Mudah jatuh sakit
o    Lambat pulih daripada penyakit
Statistik
·         Alahan menjejaskan lebih daripada 50 juta orang di AS. Alahan ialah punca penyakit kronik yang ke-6 terbesar di US.(Ohio State University Medical Centre)
·         Lebih daripada 6 juta mati akibat kanser di seluruh dunia setiap tahun (www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/article/50dar05.htm)
·         1 daripada 4 orang orang Malaysia menghidap kanser sekali dalam hidup. (1st National Cancer Registry Report, Malaysia, 2003)


 SISTEM PENCERNAAN
  

  •      Organ utamanya terdiri daripada mulut, esofagus, hati, perut dan usus kecil. 
  •    Percernaan bermula apabila makanaan memasuki mulut dan tamat di penghujung usus kecil

Fungsi asasnya ialah:
  • ·         Penguraian makanan secara fizikal dan kimia 
  •     Memproses makanaan dan cecair supaya nutrien dapat diserapkan 
  •    Membekukan dan menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada tubuh sebagai najis 
  •    Bergantung kepada pemangkin engim untuk menggalakkan aktiviti enzim pencernaan untuk pencernaan yang sempurna
Akibat sistem pencernaan yang lemah:
·         Pedih hulu hati
·         Kembung
·         Ketidakhadaman
Statistick/ Pemberatan
·         1 dalam 4 orang sering menghadapi masalah gastrousus (Harvard Medical School)
·         Lebih daripada 70% lelaki Malaysia adalah obes atau terlampau berat badan(Richard F. Southby Ph.D “Lifestyle and Health: A Public Health Perspective”)
·        
Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh:
o    Sistem saraf yang tidak sihat
o    Stres
o    Kerisauan
o    Diet yang tidak sihat
o    Kualiti makanan

SISTEM PERKUMUHAN
  •        Organ utamanya terdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang dan kolon
  •     Ia merupakan pelindung terhadap racun
  •    Ia berfungsi rapat dengan sistem pernafasan, peredaran dan endokrin untuk membebaskan tubuh daripada toksin 
o    Ia bebas daripada najis terlonggok (pengumpulan najis di dapam usus)
o    Ia mengekalkan nisbah 80:20 yang ideal bagi bakteria baik berbanding bakteria berbahaya

Fungsi asasnya ialah:
·         Untuk mencegah pengumpulan toksin
·         Untuk membebaskan tubuh daripada sisa tubuh harian
·         Terutamanya terletak di:
o    Paru-paru untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada tubuh
o    Kolon untuk membolehkan sisa makanan pepejal melaluinya
o    Buah pinggang untuk menyingkirkan pukal sisa cecair dan nitrogen
o    Kulit untuk menghasilkan peluh dan mengumuh sisa metabolik
Akibat kolon yang tidak sihat:
·         Sembelit
·         Mempercepat penuaan
·         Penyerapan nutrien lemah
·         Kanser kolon
Statistik
·         Kanser kolon adalah kanser yang paling biasa dengan 94,000 kes baru dilaporkan setiap tahun. Manakala, sebanyak 37,000 didiagnoskan dengan kanser rectum setiap tahun. (The Sidney Kimmel Comprehensive Cancer Centre at John Hopkins)
·         Kanser yang menjejaskan kolon dan rectum adalah yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki Malaysia dan yang ke-3 paling kerap dalam kalangan wanita. (National Cancer Registry Malaysia)



 SISTEM ENDOKRIN
  • ·      Sebahagian besarnya terdir daripada hipotalamus, pituitary, tiroid, paratiroid, adrenal, pancreas dan testis (lelaki) /ovari (wanita)
  • ·         Ia menghasilkan bahan kimia (seperti enzim dan hormone) di dalam kelenjar endokrin dan organ lain
  • ·         Isyarat hormon dan sistem endokrin mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesemua jenis sel, organ dan proses.

  •     Semua pertumbuhan fizikal dikiatkan dengan pelbagai hormon yang bertindak bersama-sama. Pertumhuhan normal daripada lahir hingga dewasa, contohnya,semestinya bergantung kepada hormon pertumbuhan, tetapi hormon tiroid, factor-1 pertumbuhan insulin, glukokortikoid dan beberapa yang lain juga terlibat dalam proses ini secara kritikal
Asas fungsinya adalah:
·         Metabolisme
·         Pertumbuhan
·         Homeostasis (keadaan keseimbangan dalaman)
·         Untuk menyokong sistem organ yang lain
Akibat sistem endokrin yang tidak sihat:
·         Tekanan darah tinggi
·         Paras kolesterol tinggi
·         Penyakit kencing manis
Statistik
·         Penduduk umum terjejas oleh: (National Center of Health Statistics, USA):
o    Penyakit endokrin & obestiti - 26%
o    Hiperlipidemia (kandungan lipid tinggi dalam darah) - 19%
o    Diabetes 3%
·         Penyakit kencing manis menggandakan risiko strok atau penyakit jantung (Harvard Medical School, Family Health Guide)
·         1.2 juta orang Malaysia dijangkiti penyakiti kencing manis. Seramai 650,000 orang akan didiagnos pada tahun 2007 (Malaysian Diabetes Association)


 SISTEM PEMBIAKAN (WANITA)
  •     Organ utamanya terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus 
  •      Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopause 
  •           Ia adalah sihat apabila:
             o    Tiada masalah PMS
             o    Rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang
             o    Tiada jangkitan kandidiasis
Fungsi asasnya ialah:
·         Untuk menghasilkan ovum (telur)
·         Untuk mengadakan hubungan seksual
·         Untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehinggan ia matang
·         Untuk melahirkan anak

Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:
·         Kemandulan
·         Sindrom prahaid
·         Masalah berkaitan dengan kehamilan
·         Kandidiasis (jangkitan yis)
Statistik
·         Kanser payu dara ialah kanser yang ke-3 paling biasa di seluruh dunia (Malaysian Medical Association)
·         Kira-kira 75% wanita dewasa sekurang-kurangnya pernah sekali dalam hidup mereka mengalami jangkitan vagina (Seattle Biomedical Institute)
·         Di AS, 6.1 juta wanita berumur 15 hingga 44 tahun kurang upaya melahirkan anak(Centers for Disease Control and Association)


 SISTEM PEMBIAKAN (LELAKI)


  • ·   Organ utamanya terdiri daripada vesikel, kelenjar prostate, uretra, zakar dan testis
  •     Ia berkait rapat dengan sistem endokrin; yang menghasilkan sperma dan hormon seks
  •       Tidak berfungsi sepenuhnya sehinggan akil baligh
  •        Prestasi seks yang maksimum bergantung pada keupayaan lelaki mencapai dan mengekalkan eraksi secara semula jadi
  •     Kelenjar prostate merembes dan mengecut semasa penyemburan semen, atau pancutan air mani
  •            Prostat menutup uretra, menyekat saluran kencing ketika masa pengecutan
Fungsi asasnya ialah:
·         Untuk menghailkan sperma
·         Untuk memindahkannya kepada wanita
Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:
·         Mati pucuk atau erektil disfungsi (ED)
o    Ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi
·         Prostatik hipertrofi benigna atau BPH
o    Prostat yang membesar, menekan uretra dan menyebabkan penyumbatan dan akhirnya menyebabkan proses kencing yang teragak-agak, terganggu dan lemah
o    Kencing malam yang kerap, sukar untuk mula kencing atau meleleh
o    Jika keadaan ini dibiarkan , ia boleh menyebabkan kanser prostate
Statistik
·         Sebanyak 218,890 kes baru kanser prostat didiagnos tahun ini (2007) dan sebanyak 27,050 lelaki akan meninggal dunia dari jangkitan tersebut. Kanser prostat adalah yang ke-2 penyebab utama kematian kanser pada lelaki(American Cancer Society)
·         80% - 90% daripada masalah mati pucuk disebabkan oleh masalah fizikal, biasanya berkaitan dengan bekalan darah ke zakar (University of Virginia)
·         Di AS, lelaki bertanggungjawab atas 50% daripada kemandualan pasangan yang tidak beranak (John Hopkins Bloomberg School of Public Health)
·         Kanser prostat ialah kanser yang ke-6 paling biasa dalam kalangan lelaki Malaysia (Malaysian Medical Association)


SISTEM OTOT RANGKA


·         Ia terdiri daripada sistem otot dan rangka
·         Membentuk tisu yang berfungsi dengan sistem rangka

Fungsi asasnya ialah:
·         Untuk mengawal pergerakan badan
·         Untuk membentuk, menyokong dan melindungi organ dalaman
·         Untuk memberikan kestabilan dan mobiliti kepada tubuh
Akibat sistem otot rangka yang lemah:
·         Osteoporosis
·         Osteoarthritis (OA)
·         Reumatoid arthritis (RA)
·         Kekakuan bahu
·         Sakit belakang & bahagian bawah belakang
Statistik
·         5 daripada 10 pesakit sakit belakang akan mengalami sakit semula dalam masa 2 tahun (www.aboutsafety.com/article.cfm?id=1182)
·         10 juta orang Amerika menghidap osteoporosis dan 34 juta lebih dengan jisim tulang rendah (National Osteoporosis Foundation)
·         Kira-kira 20,000 warga Malaysia menghidap penyakit sendi degeneratif yang kronik (Malaysian Information Network on Disabilities)
·         5 daripada 1,000 warga Malaysia terjejas oleh Reumatoid Artritis (Arthritis Foundation Malaysia)


SISTEM PERNAFASAN

·         Organ utamanya terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru
·         Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu dan ke tisu tubuh.
Fungsi asasnya ialah:
·         Untuk membekalkan darah beroskigen melalui paru-paru
Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat:
·         Asma
·         Gangguan pulmonari obstruktif yang kronik (COPD)
·         Bronkitis
·         Pneumonia
·         Tuberkulosis (TB)
·         Kanser paru-paru
·         Kekurangan oksigen
Statistik
·         Penyakit paru-paru ialah pembunuh No.3 di Amerika, bertanggungjawab kepada 1 daripada 7 kematian (American Lung Association)
·         Jangkitan bahagian bawah pernafasan ialah pembunuh No.3 di Malaysia (World Health Organization)
·         Kira-kira 20.3 juta orang di AS telah didiagnos menghidap asma, dengan sekurang-kurangnya 6 juta daripada mereka di bawah umur 18 tahun (Ohio State University Medical Center)

SISTEM SARAF PUSAT


·         Ia terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang mengawal seluruh pergerakan badan

Fungsi asasnya adalah:
·         Untuk mempermudahkan komunikasi dalaman tubuh
·         Untuk bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan di dalam tubuh
·         Untuk berinteraksi secara rapat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain dan fungsi tubuh
Akibat sistem saraf yang tidak sihat:
·         Kemerosotan ingatan berperingkat
·         Kecacatan kognisi (disfungsi proses mental)
·         Penyakit Alzheimer
Statistik
·         18,000,000 orang di seluruh dunia menghidap penyakit Alzheimer. Menjelang 2020, dijangkakan meningkat kepada 34,000,000 (Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia)
·         Kira-kira 50,000 orang di Malaysia menghidap penyakit Alzheimer(Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia)






0 ulasan:

Catat Ulasan